Laman ini dibangunkan khas oleh Radio IKIM khusus untuk pendengar yang ingin membuat hebahan berkenaan aktiviti mereka samada aktiviti masjid atau organisasi.

Klik sini untuk membuat Hebahan Baru »

SENARAI SEMUA HEBAHAN


HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Sistem Hebahan Online, sila emailkan pertanyaan kepada info@ikimfm.my

SENARAI HEBAHAN
1. PERARAKAN TOWN & GOWN UTHM KALI KE-11
Anjuran : UTHM
Tarikh : 16/10/2019 hingga 16/10/2019
Lokasi : Parit Raja, Batu Pahat, Johor

UTHM akan mengadakan PERARAKAN TOWN & GOWN KALI KE-11 bagi mewar-warkan seluruh penduduk di daerah Batu Pahat akan penganjuran Konvokesyen ke-19 UTHM seperti ketetapan berikut: Tarikh: 16 Oktober 2019 (Rabu) Masa: 8.00 malam Tempat Perarakan : Bersebelahan Pasaraya TESCO, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat ke Padang Kawad, UTHM Orang ramai adalah dijemput hadir bagi melihat perarakan yang bertemakan ‘Communiversity Celebration’ ini sekali gus memeriahkan lagi acara-acara yang diadakan.

2. FESTIVAL KONVOKESYEN 2019 UTHM (FESTKON 2019)
Anjuran : UTHM
Tarikh : 16/10/2019 hingga 22/10/2019
Lokasi : PADANG KAWAD, UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR

Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang tujuh hari festival ini berlangsung antaranya ratusan gerai jualan, pameran, pertandingan bintang kecil dan mewarna, festival makanan Thai (Thai Food Festival), pertandingan Akustik Challenge, Floria’19 in UTHM, Pesta Lampu, Forum Kemanusiaan, Ceramah Perdana, pencarian bakat (Got Talent), senam robik dan larian serta pelancaran Tabung Kemanusiaan Syria dan Palestin.

3. SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA 2019
Anjuran : JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPN)
Tarikh : 16/10/2019 hingga 16/10/2019
Lokasi : Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya No 20, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

JPN akan mengadakan Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) 2019. HPN disambut dengan tujuan memberi satu pengiktirafan terhadap kewujudan dan peranan JPN dalam urusan pendaftaran,pengeluaran dan penyelenggaraan dokumen pengenalan diri semenjak tahun 1881.Aktiviti menarik disediakan termasuklah Gerai Jualan,Foodtruck,Foto Kenangan Terindah,Pameran Evolusi Rekod,Treasure Hunt serta Pelancaran penjenamaan semula Program Outreach JPN dengan nama baru iaitu ‘Program MEKAR’.Kemasukan percuma.

4. CRUISE DHUHA PUTRAJAYA
Anjuran : JAWATANKUASA SURAU SAFNI
Tarikh : 16/10/2019 hingga 16/10/2019
Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Surau Al-Firdaus Nilai Impian akan menganjurkan Cruise Dhuha Putrajaya pada 16 Oktober 2019. Sarapan dan solat dhuha jam 8.30 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) sebelum bergerak ke jeti menaiki cruise untuk bertadabbur Surah Ar-Rahman bersama Ustaz Safri Muhammad Zein, Penasihat Rumah Ngaji. Tempat kosong hanya tinggal 20 sahaja dengan yuran sebanyak RM80. Sila berhubung dengan Puan Liza Sinin 03-3072077 untuk keterangan lanjut.

5. FESTIVAL KONVOKESYEN TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2019
Anjuran : TATIUC
Tarikh : 16/10/2019 hingga 19/10/2019
Lokasi : Kampus TATI University College (TATIUC), Telok Kalong, Kemaman

Sempena Pesta & majlis konvokesyen TATI University College (TATIUC) kali ke-21, pelbagai acara menarik yang akan diadakan. antaranya malam cinta rasul TATIUC berselawat, mini konsert daripada artis terkemuka tanah air (Syafiq Farhain, Ayie Lantana dan Roy Kapila), E-sport, Kids fun zone, infiatable games, pameran dan pelbagai jualan. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan pesta konvokesyen ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami ditalian 011-21920995 atau layari www.tatiuc.edu.my

6. DAURAH KITAB IHYA’ ULUMUDDIN
Anjuran : Pondok Pasir Tumboh Dan Masjid Mukim Terusan Limbat
Tarikh : 17/10/2019 hingga 17/10/2019
Lokasi : Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Dijemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri Daurah Kitab Ihya’ Ulumuddin bersama Habib Syed Abdul Hamid b Ali al-Mahdaly iaitu mantan pensyarah Universiti Islam Sultan Syarif Ali, Brunei bertempat di Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang Khamis 17 Oktober 2019. Maklumat lanjut layari albakriah.nas.my atau hubungi Us Shairazi 0199388902

7. PROGRAM CERAMAH PERDANA
Anjuran : Lembaga Pelabuhan Johor Dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Tarikh : 17/10/2019 hingga 17/10/2019
Lokasi : ATRIUM KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, JOHOR

Lembaga Pelabuhan Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan mengadakan Program Ceramah Agama Sempena Minggu Pelabuhan 2019 bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 17 Oktober 2019 (Khamis) 8.00 malam. Penceramah Undangan: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Izhar bin Kashim. Semua di jemput hadir bersama keluarga. Marilah beramai-ramai menambah ilmu. Masuk percuma !! Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Urusetia : 072534000

8. FALAK D' MASJID
Anjuran : PERSATUAN AHLI FALAK NEGERI SELANGOR
Tarikh : 18/10/2019 hingga 19/10/2019
Lokasi : MASJID PANGSUN BATU 22.5 HULU LANGAT

Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) akan mengadakan Program Turun Padang (Falak D' Masjid) di MASJID PANGSUN BATU 22.5 HULU LANGAT pada 18-19 OKTOBER 2019. Program bermula dengan kuliah maghrib disusuli dengan teropong angkasa selepas kuliah isyak. Para petugas dari PAFNS akan menentukan kiblat dari rumah ke rumah pada hari sabtu selepas kuliah subuh.

9. SEMINAR MEMERANGI STIGMA KESIHATAN MENTAL
Anjuran : MALAYSIAN MENTAL CARE ASSOCIATION
Tarikh : 18/10/2019 hingga 18/10/2019
Lokasi : UITM SUNGAI BULOH

MALAYSIAN MENTAL CARE ASSOCIATION(MECARE) akan mengadakan SEMINAR MEMERANGI STIGMA KESIHATAN MENTAL bertempat di UITM SUNGAI BULOH pada 6hb Oktober 2019..Program ini diadakan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yg akan disambut pada bulan Oktober ini,Antara Objektif adalah memberi kesedaran mengenai kesihatan mental kepada umum,menangkis stigma mengenai kesihatan mental dan bunuh diri dan banyak lagi.Daftar sekarang di http://bit.do/reg_hkms19

10. PESTA BUKU, KOMIK & ROBOTIK PUTRAJAYA
Anjuran : SINERGI ILMU RESOURCES SDN BHD
Tarikh : 18/10/2019 hingga 27/10/2019
Lokasi : DEWAN CEMPAKASARI, PRESINT 3, PUTRAJAYA

Pesta Buku, Komik & Robotik Putrajaya kini kembali! Bertempat di Dewan CempakaSari, Presint 3, Putrajaya. Menampilkan Penerbit Terkenal seperti PTS Publications, Kumpulan Media Karangkraf, Moy Publication serta aktiviti menarik seperti demo robotik, pertandingan beyblade dan sebagainya. Orang ramai di jemput hadir! Sebarang pertanyaan hubungi 0193258289